Pages

Wednesday 24 April 2019

Surat Untuk Tuhan



Hari ni 24-04-2019. Hari kelahiran saya yang ke 35tahun. Allahuakbar..
Alhamdulillah, atas izin dan rahmat kasih sayang Allah, sudah 35 tahun saya menumpang dibumi Allah ini. Syukur.

Entri kali ni saya tajukkan 'Surat Untuk Tuhan'

Tiberr,  bergenang air mata dengan tajuk entri ni. 
Lepas habis entri, saya fikir fikir tajuk apakah sesuai. My friend who always with me, cikrean, saya minta pendapat adakah mengguris hati siapa siapa andai saya post di blog. Katanya tidak, melainkan hatinya keras.

Yupp.... bukan tempat doa di media sosial. Tapi andaikata korang terbaca 'surat' ini, saat saya sudah pun tiada, moga moga 'surat' ini menghantar manfaat pada saya semasa di Sana nanti. InshaAllah.



Ya Allah,
Ampunilah segala dosa yang pernah kami lakukan, samada sengaja atau tidak sengaja. Sedar atau tidak sedar, kecil atau besar, Kau ampunilah kami ya Allah.Terimalah amal ibadat kami yang tak seberapa. Andai suatu masa nanti, tiba saat ajal menjemput, pilih lah kami pergi dalam keadaan yang mulia. Rezekikan kami dengan Husnul Khatimah. Kematian yang baik. Kematian yang meninggalkan manfaat pada mereka yang ditinggalkan.  Ampuni jua dosa kedua ibubapa kami ya Allah. Sayangi dan kasihi lah mereka sepertimana mereka sayang kami ketika kami kecil.


Ya Allah,
Cucurilah rahmat dan kasih sayangMu pada arwah ayah, arwah abah, tok, tokwan, serta saudara saudara seIslam kami yang telah pergi menghadapMu.Pasti ada ya Allah walau satu kebaikan mereka sewaktu mereka menumpang bumiMu. Maka Kau gantilah kebaikkan itu dengan mengampunkan dosa dosa mereka. Selamatkan mereka dari siksaan kubur. Luas dan lapangkanlah kubur mereka ya Allah.. Bantu lah perjalanan mereka dan jua kami yang masih hidup ini menuju ke hari AkhiratMu. Jangan Kau biarkan kami sendiri. Pandulah kami dalam setiap keputusan yang kami lakukan. Jangan Kau biarkan kami lalai ya Allah.Kerana Syaitan tak pernah bodoh, tak pernah lalai dari cuba menyesatkan kami anak cucu Adam.


Ya Allah.
Kami bersyukur atas nikmat KurniaMu. Bangun kami pada pagi ini, masih diberi pinjam nikmat nafas. Masih mampu melihat, mendengar, bercakap, berjalan. Kaki kami, tangan kami, mulut kami, mata kami, telinga kami, masih berfungsi dengan baik. Andai Kau tarik salah  satu dari nikmat ini ya Allah.. bagaimanakah daya kami meneruskan hidup ini.


Syukur, ada anak yang sihat depan mata. Melihat dia membesar depan mata. Ada rumah yang selesa untuk berteduh. Masih ada mak untuk berbakti. Untuk cari redhaMu dengan redha darinya yaAllah .. Beri kami kekuatan untuk berbakti pada insan insan ini. Walau adakalanya hati terguris, sangat terguris. Namun, hanya padaMu jualah kami mengadu.


Ya Allah,
Ampunilah dosa andai terlintas sakit dalam hati kami melayan kerenah orang tua kami. Kerana SyurgaMu terlalu mahal untuk pendosa seperti kami. Aku mengaku ya Allah, dalam jihad mencari redhaMu. Mencari rahmah dalam rumah sendiri demi menjemput rezekiMu, adakalanya aku tergelincir. Hati tergelincir ya Allah.


Tingkah laku tergelincir.Bicara adakalanya mengguris hati.


Kesempatan ini ya Allah.Ampuni kami.. ibu bapa kami. saudara saudara kami yang mana terpisah kerana salah faham, irihati.. sakit hati, satukanlah semula kami adik beradik ya Allah..kerana darah yang mengalir dalam tubuh kami ini adalah darah yang sama.


Buat masa depan yang belum datang.

Kami submit doa hari ini ya Allah. Kau ilhamkan lah kerjaya apa yang sesuai untukku, anakku, ibuku, pada masa ni dan pada masa akan datang.Dengan rezeki yang banyak lagi berkat. agar kami mampu bersedekah dengan lebih banyak, agar kami mampu bantu memberi manfaat pada lebih ramai orang sekeliling kami. Ya Allah, andaikata rezeki kami lebih banyak dan berkat dengan kerja makan gaji, maka beri kami ya Allah. pekerjaan yang mana kami ikhlas bekerja. yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Yang seronok suasana bekerja kami, boss yang baik, rakan sekerja yang baik. yang saling bersilaturrahim keranaMu.


Tapi andaikata ya Allah, rezeki kami lebih banyak dan lebih berkat melalui perniagaan, sesuai dengan hadis 9/10 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Mudahkan kami ya Allah.Temukan kami dengan customer yang baik baik. yang saling berjual beli keranaMu.Datangkan kepada kami customer yang ramai. downline yang masing masing ingin mencipta kerjaya sendiri.InshaAllah..


Ya Allah.
Sudah sampai masa untuk kami tamak dalam setiap doa kami.Kerana Engkau Maha Kaya ya Allah. Engkau memilih siapa yang Kau kehendaki. Pilihlah kami ya Allah, menjadi orang yang kaya, berjaya, dunia Akhirat dengan sifat yang rendah hati. Jangan Kau biarkan kami yang asal dari tanah ini bersifat langit. Nauzubillahiminzalik..


Ya Allah. Soal jodoh.
Aku akur ya Allah pada perkahwinan kami yang gagal. Aku tidak menghukum lelaki. Andai ada lagi jodoh selepas ini, aku terima. Andai tiada, hatiku tenang membesarkan Dahlia sendiri. Selagi ada Mu ya Allah. Aku tidak gentar.

Positifnya, jodoh dengan bekas suami setakat itu sahaja. Ada orang yang lebih sesuai untuk masing masing kami. terima siapa kami seadanya.


Aku mula tamak dalam setiap doa padaMu ya Allah.
Semoga jodoh yang akan datang ini, jodoh yang menerima seadanya aku. Aku ada Dahlia, ada mak yang mana aku akan jaga sehingga nafasku yang terakhir.
 Biar orang itu, orang yang menerima seadanya aku. Aku minta kali ni ya Allah.. jodoh ini jodoh yang aku tak perlu lagi untuk fikir banyak. yang kaya hartanya dunia akhirat. Yang saling bertemu dan berpisah keranaMu. Biar Kami sama sama membimbing satu sama lain ke SyurgaMu dengan anak anak kami nanti. InshaAllah..


Ya Allah.
Untuk Dahlia. Dia tidak hadir dengan kebencian. Dia hadir dengan kasih sayang. Apa yang berlaku antara kami adalah ketentuanMu. Aku tetap ibu Dahlia. Dan bekas suami tetap bapa kepada Dahlia. Tak pernah sekalipun pun aku ajar dia untuk membenci.
Aku minta padaMu ya Allah..andai ada lagi jodohku  selepas ini, Biarlah dia seorang yang bertanggungjawab. Yang akan sayang Dahlia macam anaknya sendiri. Yang sayang mak, macam sayang maknya sendiri.
Tiba tiba teringat arwah ayah, walaupun aku hanya anak tiri ayah, dia jaga macam anak kandung sendiri. Sampai noktah terakhir hidup ayah. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Ayah.. alfatihah..

Ya Allah,..jangan Kau uji Dahlia sepertimana Kau uji aku. Dia tak berhak tahu susah apa yang aku lalui. cukupkan dia ya Allah.. cukupkan jua ibuku. Hidupkan kami dalam Rahmahmu. aamiin...

Kadangkala impian tak seindah kenyataan,..
Dan tak semua kenyataan itu membahagiakan.
Berani mimpi
Berani mengharap!









Tuesday 23 April 2019

Kelebihan Minyak Urut Moden MMG

Korang,

Terima kasih masih lagi membaca dari page sebelah, langsung kesini mencari kelebihan Minyak Urut Moden MMG yang saya akan share.


Bagaimanapun, MMG Hanya Alternatif. Sila dapatkan nasihat doktor jika sakit berlarutan.


Of course korang, untuk dapatkan kesihatan yang optimum, wajib kita amalkan pemakanan yang sihat. Bersenam sekitar 150minit dalam seminggu serta pengambilan supplimen yang sesuai seperti VitC, Multivitamin, Omega, Protein, kalsium. Saya akan link kan satu persatu.




Satu daripada WELCOME SET SHAKLEE : Daily Essential Set 
(OFFER April- Jun)

Boleh klik link ni untuk tahu Promosi WELCOME SET shaklee (April-June)
Which is ada Daily Essential Health untuk kesihatan yang optimum. Klik sini


Ok. Balik pada KELEBIHAN Minyak Urut Moden MMG yang saya guna selepas selesai sesi mengurut.


MMG mengandungi 3 BAHAN UTAMA yang BERKESAN.




MINYAK KAYU PUTIH

ALOE VERA

LAVENDER yang WANGI & MENENANGKAN.




Sangat JIMAT- satu botol boleh guna untuk satu keluarga.


Kegunaan minyak urut moden MMG



Lenguh lenguh sendi lutut

Sakit Belakang.

Pening kepala.

Selsema.

Resdung.

Kulit melecur terkena minyak panas atau exzos.

Terkena gigitan serangga.

Ruam.

Untuk masalah semput.

Senggugut

Sebu perut/angin dalam badan.

Untuk wanita mengandung.

Untuk ibu dalam pantang

Sakit gigi

Hubungi saya untuk share dengan korang cara guna untuk masalah yang korang hadapi.




Rm45 : 120g
Rm29.90 : 50g

Botol besar lebih jimat, botol kecil sangat comel dan mudah dibawa kemana mana. Saya punya practise, guna sikit sahaja. Sapu belakang bahu, pinggang, dan bawah betis. Sebelum tidur. Tidur sangat selesa.


Seharian depan lappy, saya akan sapu di belakang masa buat kerja. Relief pain. Hilang letih tau rasa.




Hubungi saya untuk dapatkan MMG korang. Saya fokus pada service Spa seperti mengurut dan facial. MMG ini tak sengajanya add value to customer. Modal saya, Tapi kepuasan anda. InshaAllah.. www.wasap.my/0195914240/nakMMG



Saya akan cover whole Kedah and Penang. Ada sedikit mileage charge  (Kulim no transport chanrge) 


Korang yang jauh its okay.. kami TWB beautician ada di seluruh Malaysia. Berminat untuk dapatkan service atau nak ambil tahu tentang peluang buat duit dengan Mobile Spa, hubungi saya. Saya akan atur. InshaAllah.


Terima kasih

Minyak urut moden MMG menambah nilai service body massage Dahlia de'Beauty


Assalamualaikum pengunjung blog!


Hai.
Entri kali ini, saya nak share FRESH testimoni MMG. Lari sikit dari post post sebelum ni yang mana biasanya saya akan share tentang Shaklee dan cerita Dahlia de'Beauty mobile Spa.




MMG massage oil- Relief your pain naturally.



Sebenarnya macam ni, saya tak jual pun minyak urut MMG ni. Saya run Mobile spa & Shaklee. Main fokus saya adalah Spa. Sebab saya dah jatuh hati dengan service mencantikkan orang. Rasa nak lompat bintang bila dapat feedback puteri puteri saya yang puas hati dengan hasil tangan sendiri.

Mobile Spa saya ni selain facial, body scrub, hand foot spa, pakej pengantin, sauna,.. saya ada juga service body massage lepas saya upgrade kepada training confinement (service orang lepas bersalin).Dah alang alang belajar, biar sampai habis kata orang. So saya pun upgrade training dengan MariaFirdausMobileSpaacademy. Buat sementara ni saya belum tergerak hati untuk ambil service confinement walaupun saya dah belajar. Saya fokus pada service mencantikkan, merilekskan orang.

Ok, Selepas saya upgrade training, tiba tiba ada orang tanya saya boleh mengurut tak. Besar harapan beliau cari orang mengurut di sekitar Kulim untuk urut maknya.. Since saya dah pun belajar, saya fikir fikir, ok saya terima. Saya start ambil service mengurut.

Lepas tu makin banyak orang tanya service mengurut saya ni. Memandangkan makin kurang orang yang boleh buat service mengurut pada zaman sekarang ni, jadinya, saya take as opportunity, challenge and maybe ini juga adalah rezeki saya., maka saya pun masukkan dalam list  service Mobile Spa saya.

Tapi,
(ada tapinya ok).. :D haha..
Saya hanya mampu urut maximum 2orang dalam sekali service. dan saya letakkan limit untuk korang yang berat 80kg ke bawah saja tau. Saya kena consider pada keadaan jantung saya ni. Makin hari performance makin drop. Walaupun saya masih ok, saya kena consider demi mak dan anak saya. Doakan jihad saya ini dipermudahkan ya..Sambil saya bantu orang, kesihatan saya masih terjaga. InshaAllah..

Ok, sambung cerita, pada suatu hari.. (dah mcm cerita *Pada Zaman Dahulu* plak).. haha..
Ada sorang adik ni datang nak mengurut. Katanya sakit belakang. Sakit belakang adik ni level tak boleh nak angkat tangan ke belakang tau. Saya cuba lah massage. dengan lafaz Bismillah, 3qul dan selawat. . saya mulakan mengurut dengan harapan asbab saya mengurut ni, adik ni lega lah sikit.

Ok,
habis saya massage whole body untuk sejam lah lebih kurang..saya sapu minyak MMG. yang masa ni tinggal secoet saja.. Saya purposely beli kat mak minyak MMG ni. Add value kat adik ni. takpe, walaupun tak termasuk dalam pakej massage. saya hadiahkan kat dia.. Dia rasa lega tau. Esok tu saya follow up, adakah dia sakit sakit badan lepas saya urut.

Feedback dia: tangan dah boleh menggeliat ke belakang. Allahuakbar,..syukur..
 
FEEDBACK body massage service by Dahlia de'Beauty


So lepas tu, saya order lebih. Purposely untuk sapu kat mereka mereka yang datang untuk service body massage saya nanti.

Lepas tu nak dijadikan cerita, saya share. Ramai orang tanya. dan saya keep on sharing. Ini salah satu feedback. FRESH TESTIMONI MMG semalam saya dapat dari kawan sendiri.Order botol kedua untuk mertua.

Syukur Alhamdulillah...



Saya terjual tanpa sengaja minyak MMG.

Ok,
You all yang nak dapatkan minyak MMG ni, boleh cari saya juga.

Harga :
120g RM45
50g RM29.90

Saya order banyak stock. InshaAllah akan sampai sebelum saya ke KL pada hujung minggu ni untuk Shaklee National Convention. Pertama kali dalam 35tahun, saya buat keputusan untuk keluar dari ZON SELESA yang selama ni SELESA lah sangat.

Korang,
Sedap tau minyak MMG ni. selain lega untuk lenguh lenguh, sakit belakang, senggugut, resdung, sakit kepala, sakit gigi pun boleh sapu. Tekstur ringan, tak melekit, cepat serap, dan wangi lavendar. Best sangat sapu masa nak tidur, selesa lena berangin. serius:)

Bulan puasa nak dekat dah ni. apakata grab satu kat diri sendiri, belikan untuk mak ayah sekali, selesa mereka nak terawih nanti.

Boleh hubungi saya ya.
www.wasap.my/0195914240/nakMMG

Kelebihan MMG klik sini

Terima kasih sudi baca sampai habis. Assalamualaikum.



Monday 15 April 2019

TWB by Dahlia de'Beauty

Terasa ghairah pulak sharing pasal TWB. The walking Beauty Project. Purposely membantu wanita diluar sana untuk buat income hari hari. Korang tahu tak, masa mula mula saya join TWB ni, bukan lah berdasarkan minat pun. Tapi minat tu datang sendiri bila pertama sekali pegang muka orang untuk buat facial. 

Orang pertama yang rasa sentuhan jari jemari ni mesti lah mak saya sendiri


Mak orang pertama saya buat facial selepas balik dari training. Hydrating (relaxing) Facial (RM79) for FREE.

Syukur tau. Sebab... (part sedih sikit ni) haha..

Mak: Dulu mak dok ikut depa buat muka (facial) rasa lega la. Nak buat takda duit. Tengok depa dok urut muka tu rasa lega sangat. Syoknya orang main muka macam tu..

Me: Ok, lani anak mak buat sendiri kan.. :) sambil dalam hati, aku sebak sebenarnya. Dulu is susah. Tak mampu nak buat benda benda ni semua. Ikut je tauke kedai mak kerja, tengok saja depa buat facial..  cry :'/

Sedang practise facialkan Kak Nadia. For me, is pengalaman baru.


Ok , back to cerita tadi. Balik dari training TWB by MFMS  4jam di Parit Buntar, which is cover all service training daripada facial, body scrub lulur, hand & foot Spa, Mandi aura susu, Sauna. Semua tu kami cover dalam 4jam sahaja. Ada lebih sikit sikit laa selepas tu sebab dijamu makan completely by tuan rumah. Terima kasihh.. semoga bertambah tambah rezeki Akhirat Maria & Firdaus sekeluarga. Mereka ni is upline masterin Shaklee. Boleh label mereka orang yang kaya & berjaya dah. Tapi is very humble. Tak sombong pun.

Maria yang tengah. Kami new beautician apit, kiri is me. Kanan is Kak Nadia.


Lepas balik dari training tu, saya terus open FREE facial pada 5orang terawal yg comment di FB (Adek Mahani). Haa..korang yang nak sesekali dapat free facial ke, selalu lah jengah my FB & IG. Kut lah masa tu terbuat offer nak facialkan korang secara PERCUMA. Hehe..mana tau kan kalau kalau kalau rezeki korang.

Sebahagian mereka yang dapat FREE facial lepas habis training.

Ok, service FREE ni purposely sebab nak ingat step by step facial. Bukan main pegang je muka orang sayang oi..aset tu, aset yang kena jaga.

Once confident. Ingat semua step by step.. saya start ambil service. Dengan pakej OFFER RM59, Saya gembirakan hati customer dengan:

  • ·         Double cleansing
  • ·         Steam (Optional- with customer approval)
  • ·         White/ black head removal
  • ·         Scrub
  • ·         Masker
  • ·         Face n eye massage
  • ·         Toner
  • ·         Moisturizer
  • ·         Ion massage
  • ·         Tapping and closing

Lebih kurang macam ni lah saya facialkan puteri puteri saya.




Terasa ikhlasnya hati bekerja. Jadi result pun setakat ni Alhamdulillah... terharu rasa.










Sebahagian feedback. Banyaak lagi feedback, nanti saya akan share.


Terima kasihlah korang. ada beberapa customer yang sudah repeat 2-3kali slot facial dengan saya ni ha. Terima kasih Puan Nadia Kilang Lama Kulim,, 3kali repeat. Terima kasih juga my friend Norina. Start dengan FREE facial for her, sekarang dah repeat dua kali facial.

Alhamdulillah Alhamdulillah..


Ok,

Balik dari training Spa, selang beberapa minggu, Maria bagitahu kalau kalau nak upgrade training untuk post natal. Untuk confinement , orang lepas bersalin. 

Dalam fikiran, dah alang alang buat, belajar lah sampai habis. Paling tidak pun boleh mengurut mak. Besar pahala kau. Saya carpool dengan Kak Nadia. Ni kali kedua saya naik CRV kak Nadia. My dream Car, tiber  dapat rasa naik ni ha. Alhamdulillah. 


Belum memiliki. Tapi mungkin suatu hari nanti.


POST NATAL training di Parit Buntar.
Kami santai santai timba ilmu.



Dalam TWB ni kami berjemaah. Group support yang sangat strong. Dah macam lautan ilmu ada di dalam tu. Semua ada. Tinggal lagi nak buat dengan tak saja.



Ini post natal set by Shaklee. Masa saya mengandungkan Dahlia, bersalin and menyusu saya hanya menggunakan shaklee.
InshaAllah saya akan berikan service terbaik.


Korang, 

Yang masih membaca entri saya kali ni., katakan lah teringin nak buat business sendiri. Ada pendapatan sendiri, Katakan lah penat sangat dengan tekanan di tempat kerja, tapi perlukan pendapatan, untuk hidup, untuk bantu suami, untuk tanggung keluarga. Usahakan lah sayang. Cuba cari modal. Buat sesuatu, instead of  merungut sana sini. Ada jalan. InshaAllah.


Kenapa you terpilih untuk baca entri saya ni sampai habis, Allah rezekikan u sebenarnya. Tertulis sejak luh  mahfuz, saya diberi izin untuk menulis, dan korang terpilih untuk membaca sampai habis.

Ada seorang kakak ni, saya full respect her. Katanya dalam sharing, mata dia tak berapa nampak. Saya kira kakak ni dalam 40an. Tapi kenapa dia mampu? 

Seorang lagi ibu tunggal muda. Dalam sharing beliau dalam group telegram kami, diceraikan habis talak sewaktu mengandung. Ibu tunggal membesarkan anak sendiri. Tak ada duit untuk hidup. Makan telur kicap berimaginasikan makanan yang sedap sedap. Tak berani untuk mengidam sebab tak mampu. Bersalin, pakcik bayarkan hospital. pampers anak, susu, baju.. semua dari pemberian. Beliau bangkit dari kesempitan, pernah satu ketika, perlu hantar anak ke rumah pengasuh dalam hujan, bungkus anak dalam plastik. Main nyorok nyorok dengan anak sebab nak dia rasa ok. Allah. Saya terpaku. 10x tengok sharing ni, 10x saya menangis.




Been there done that, saya pernah cuma ada RM3 untuk besarkan anak. Tahukah korang,.. how cry me. Betapa menangisnya saya waktu tu, Allah saja yang tahu. Sebab tu saya seru semua wanita diluar sana, BANGKIT lah. ada jalan sebenarnya yang Allah tunggu kau tanya DIA.

Jika diketika ini, ada yang sedang di rundung masalah , saya doakan semoga Allah ringankan beban korang. Habis entri ni, pergi ambil wudhu dan solatlah. Kalau rasa perlu berbual, hubungilah saya. korang mungkin tak kenal siapa Adek Mahani ni,.. Tapi InshaAllah.. saya cuba jadi pendengar untuk korang. 

Paling tidak korang rasa sedikit release is Alhamdulillah. Sesuai dengan niat saya kembangkan ukhwah kerana Allah. Saya melalui banyak sangat pengalaman dalam hidup ni yang mungkin boleh match dengan korang. Jangan kalah. BANGKIT lah...



For the things to change, YOU must changed first.
YOU MUST CHANGE FIRST.