Pages

Friday 25 October 2013

Mengimbas Warkah Untuk anak Ibu '15Aug2012'

Warkah Untuk Anak Ibu


Ntah soalan yg ke berapa puluh ratus aku terima dari kawan2 yg prihatin.. tak kira bangsa dan agama..ati rasa sayu, tapi sekurangnya kehadiran aku yg tak seberapa ini ada tempat di hati mereka, syukran ya Allah.
Ada yg tahu tapi tak sampai hati bertanya.. Ada yg tahu tapi pandang aku seorang yg kejam, yg tak tahu bersyukur dengan anugerah Allah. Ada yg ingat aku masih ‘membawa amanah Allah itu’………….tersentap bila ada yg bertnya..
‘.. baby sihat?’.. aku tak mampu menjawab. Namun senyuman tetap terukir, dalam hati.. takpe, dia taktau apa yg berlaku.

Mengimbas pengalaman 2bulan lepas..

Aku perasan yg..…aku agak penat kebelakangan ni.. naik tangga penat.. jalan banyak penat.. Pegi pasar malam, satu kali pusing pun rasa penat. Bila malam kepala rasa berat yg amat.. mak kata lama tak makan ubat la tu..ha’ah..da satu taun confirm aku tak makan ubat..appointment pegi..aku jadi doctor sendiri.. stop makan ubat. Sebab aku sihat. Aku tak sakit pun.. hmm, mak tak benti bebel.. makan ubat makan ubat..yew lah org makan.. Pegi dapo,.. tgk2 ubat da expired.. huh!! betul la. Lama sangat da tinggal ubat

.. Ujung mggunya, aku pegi spital nak sambung ubat. Penat je rasa L… org plak ramai kat spital hari tu..bila turn sampai...doc suh test air kencing plak.. hahh..kencing lah. Tak larat nak cakap banyak pun..dapat result, aku terus masuk jumpa dokto tadi tu. Tetiba ‘Tahniah’.. kata dokto tuu.. ‘positive!’ aku tgk keputusan, ha mmg positive! Takde suara yg kuar time tu.. airmata je kuar taktau nak cakap apa.. I will be a mom!! Sungguh takda perkataan yg kuar . Airmata je kuar sambil pegang tangan dokto tu tanda terima kasih..perasaan seorang ibu sedetik hadir. Syukran ya Allah..

excitednya kami,.. seminggu sebelum puasa, kami g klinik buat buku merah. Dokto pesan aritu kalau da pragnent jangan tggu lama, kena maklumkan pada pihak spital. p la ngan asben,..masuk je lam klinik tu ada yg perut da besar.. ada yg da bawa anak.. ada yg anak nangis..ngee..kami stage yg sangat baru.. senyum kami dua tgk. Esoknya Isnin kena g klinik lg.. jumpa dokto. Dokto scan baby yg masa tu kalo dalam kiraan kami, da 8 mggu. Tapi dokto cakap size baby kecik lg.. 6mggu J takpe la.. janji baby ibu sihat.
Kat buku merah diorang label…’HIGH RISK’
Dokto call pakar jantung Penang.. appointment plak dengan GH Penang Rabu, dalam mggu tu jugak. Takpe lah.. dokto nak monitor baby ibu agaknya. Jumpa dokto, ibu tak larat, tapi ibu kuat utk anak ibu. Dokto cakap, everythings ok, Cuma kena dtg tiap2 bulan combine klinik utk monitor kesihatan kedua kita.takpe..ibu sanggup apa je.

.. mggu depannya.. kena jumpa dokto lg.. PAKAR1 Kulim. Ibu g sorang babah kamu keja. Masa ni ibu tak lalu makan, makan muntah.. paksa juga makan ibu muntah. Tapi ibu puasa gak. Kesian anak ibu lapar. Tapi ibu mampu puasa..bu yakin kamu pun mampu survive kat dalam. Bila ibu buka posa, kamu takmo terima langsung.. ha muntah balik apa ja yg ibu makan.aishh anak ibu nih..

..8aug ibu n babah g first combine klinik kat GH Penang.. doc check echo jantung ibu. Mr.Guna yg dah follow kes ibu dr ibu form 4..sampai sekarang. Dia cakap kalo doc pakar tgk keadaan bocor injap jantung ibu ni, mungkin doc suh buang kamu. Ibu tak endah pun cakap dia sebab ibu sangat sehat utk kamu.. kamu pun sehat. Bila siap echo, kul 2ptg lak baru jumpa pakar.. babah bawa ibu g BJ jup..pusing2.. sebal gak sebab ibu penat nak jalan. Tapi ibu ikut je.. dah bulan posa, nak makan tak bole. Kejap je musing2 BJ ibu n babah balik spital. eh da masuk zuhur. Ibu n babah berpecah g surau kat GH tu ha..lepas solat kami g ke unit 109 kardilogy. Tggu tak lama dokto panggil. Masuk2..ada 2org doc pakar n beberapa org pembantu doc disitu. Pakar sakit puan, pakar jantung.. Ibu masuk ngan babah.. bermula episode yg sangat genting dalam idup ibu.

.. Doctor kata based on echo result ni sepatutnya ibu da kena wat operation. Mula ibu terdiam. Babah pun terdiam.. Ibu cakap dengan dokto, ‘tapi saya sihat dokto.. last appointment dengan doc chan pun agree kami utk pragnent dulu. Kami nak teruskan kandungan ni’..
masa tu usia kamu dalam 11mggu. Dokto pakar kata saya kena jumpa boss. Dalam 5minit kemudian.. Dato Omar.. ketua pakar jantung GH Penang masuk discuss sama sama. Dia beritahu risiko sangat tggi utk juangkan kamu. Dalam 10 kes yg mcm ni, 1 atau 2 kes saja yg berjaya. Selebihnya samada baby meninggal takpun dua2 meninggal. Dari segi hukum pun dah jatuh harus buang sebab memudaratkan.
Panjang lebar dato omar bg advice.. Ibu cakap kat babah, ‘ibu nak kamu’..
Ibu cakap kat dato omar, ‘sy sehat doctor,,saya tak penat pun. Sy bole bawak..’
Dato omar cakap..’sekarang kamu sehat dik. Problem akan dtg bila kandungan 6bulan. Injap yg bocor akan bertambah teruk..paru2 akan masuk air, jantung akan jadi lemah. Dan masa tu dua2 kita dalam bahaya.

.. pakar sakit puan arahkan nurse bawa ibu g scan. Babah takleh masuk..ibu nampak dah tangan kamu, kaki kamu..jantung kamu berdegup..masa tggu dokto nak scan, ibu cakap dengan babah, ibu nak kamu. Bu nampak mata babah merah.. dia cakap, mmg dia pun nak kamu, syg kamu.. skrg mungkin dia ilang satu.. kalo teruskan dia mungkin hilang dua... Bgenang airmata ibu tapi ibu seka.. insyaAllah.. ibu yakin ada jalan. Ibu nak juangkan kamu kuar dengan sehat, sempurna mcm baby lain..baliknya ibu langsung tak bleh cakap ngan babah.. kuar je topik ni, airmata bu jatuh.

.. esoknya..9Aug, awal pagi dokto pakar sakit puan call ibu, diorg minta keputusan . tak sampai 24jam ibu diminta buat keputusan yg melibatkan nyawa..ibu minta masa utk fikir.. satu ari kat tempat keja, sambil keja sambil nangis.. sungguh ibu taktau apa nak buat..jumaat ibu kena bg keputusan.. malamnya ibu istikharah.. basah telekung ibu, maafkan ibu nak. Sumpah kalau ibu terpaksa buang kamu, ni bukan kehendak ibu..
babah balik malam tu.. dia peluk ibu, bagi ibu kekuatan.. dah bukan rezeki lg katanya.
Esok tu jumaat, 10aug, kami g Png lg sekali. Jumpa dengan pakar bius and pakar sakit puan,.. dokto tu cakap bila dato omar yg advice suruh buang pihak kami tak boleh buat apa2..ibu cakap, ibu nak baby ibu. ‘ dek, u masih ada peluang utk mengandung lg.. lepas buang, lepas buat pembedahan jantung, kamu boleh mengandung’ ..
‘This is my first baby doctor..u tau kan apa perasaan I..i want my baby..’ airmata ibu mengalir.. mereka bukan ditempat ibu jadi bole cakap apa pun.. baliknya doktor bagi surat..seminggu sebelum raya ..13-aug ibu kena masuk ward.

Ibu balik kg, jumpa tok.. abg2  ibu.. airmata ibu tak pernah kering. Ibu masih ada baki 5 hari dengan kamu. Ahad 12Aug, petang ibu g bazaar. Ibu nampak dadih segar..ibu teringatkan kamu..ibu nak kamu sihat nak..masih ada sisa waktu utk ibu kongsi dengan anak yg sedang ibu kandung..
malam tu,.. ibu solat minta kekuatan. Ibu sedekahkan kamu yaasin.telekung ibu basah lg.. bila babah balik, bu takleh cakap apa pun.. sebak. Ibu minta maaf.. ibu nak kamu, tapi ibu terpaksa buang kamu.. tolong janji dengan ibu, tggu ibu disyurga…istikharah ibu  kesekian kalinya tengah malam tu.. masih harap keajaiban akan berlaku.. berat dugaan Allah utk ibu kali ni nak..

.. keesokan harinya,13Aug ibu masuk ward..sayu perjalanan kami pagi tu. Kami pergi untuk buang kamu, zalim kan ibu??.. malam hari pertama ibu kat ward, babah kamu balik amik tok kamu kat kampong. Doc minta scan kamu lg sekali. Ibu nampak tulang belakang kamu, jantung kamu sihat.. airmata bu bergenang ..doc pegang bahu ibu.. ‘sabar dek. Baby u suffer kalau u tak sihat.. go for operation first, then after 1year, U can pragnent again’. Airmata ibu tumpah lagi.. ya Allah.. berat dugaan-Mu ini ya Rahman.. kerana ibu tahu ibu sedang di uji, ibu terlelap dengan sisa airmata di pipi. Sesungguhnya seorang sahabat pernah berkata pada ibu, dugaan hebat utk hamba-Nya yg hebat.

Esoknya babah dtg. Ibu suh minta dengan doctor nak tgk kamu lg sekali.. babah taknak. Dia tak sampai hati….
14aribulan suma pakar dtg jumpa ibu.. diorang terang apa yg akan akan dilakukan masa masuk operation theater nnt..satu jenis ubat akan dimasukkan utk melembutkan pangkal rahim ibu, ubat tu jugak yg akan cairkan kamu..ibu kumpul kekuatan…kalau ini takdir yg tertulis buat ibu, ibu redha..esoknya, ibu org pertama dimasukkan kebilik pembedahan..
ibu diberi ubat bius.. 5kali nafas ibu sedar. Doc panggil ibu masih bole jawab.. ‘ya’
masuk 7-8kali nafas, ibu dah tak sedar.. sedar2 ibu diorang kejut, pembedahan da siap. Ibu pegang perut ibu.. sayu ati ibu kamu da takda..ibu sangat lemah..ibu tnya nurse, ‘sy dimana’.. nurse beritahu dalam bilik operation lg..ibu minta balik ward..
keluarnya dr bilik bedah ibu nampak babah, tok, tokwan tengah tggu ibu. Babah senyum.. memberi ibu kekuatan. Tapi ibu sangat lemah. Kesan ubat masih kuat.. ibu terlelap lg..petangnya ibu sedar.. doc bg ubat tahan sakit. Khamis 16aug ibu discharge. Balik sambut raya di kg.. raya yg sangat suram. Ibu kehilangan kamu nak,.. tapi ibu redha.. Ibu kuatkan hati, ada sebab kenapa Allah buat mcm ni.. sampai hari ni ibu masih berpantang. Berpantang tanpa kamu..

ibu tak sempat tgk perut ibu besar mengandungkan kamu.
Ibu tak sempat tgk kamu lahir sempurna depan mata ibu..tapi tolong janji dengan ibu..
Tggu ibu di syurga… alfatihah.


No comments:

Post a Comment