Pages

Wednesday 26 March 2014

Dikelilingi Aura POSITIVE-- Master Coordinators Celebration

20140322~ Dikelilingi aura Master

Hari ni dah 20140326. Baru berkesempatan berkongsi cerita.

Weekend lepas, saya lapangkan diri ke Master coordinator celebration di Equatorial hotel, Penang. Mengambil aura mereka yg berjaya. Aura yang sangat positive. Saya dengan officemate sorang. Bawa push factor saya bersama. Mak.

Saya gambarkan sedikit suasana sebelum majlis bermula. Lepas pendaftaran, lunch disediakan, so bawa la mak makan. First time bawa mak makan kat hotel.. kesian mak..mak tak biasa.. Dalam hati sy doa, suatu hari sy nk bawa mak lagi ke tempat mcm ni. Sambil makan sambil snap 1-2 picts untuk saya kongsikan. Usai je makan, sahabat bawa mak ke surau untuk tunaikan fardhu. Saya keuzuran.



Dalam 3pm+ majlis bermula. Aura juga bermula.
President shaklee Malaysia mulakan majlis dengan penuh semangat.

Beliau berkongsi tentang ‘Kunci kejayaan’. DUPLICATION. Duplicate atau bahasa melayu nya TIRU orang yg berjaya InshaAllah kita akan jadi macam dia. TIRU exactly apa dia buat.

Jangan bertangguh! Jangan ‘ahhhhh nanti lah’.. ‘esok lah’..JANGAN! Kalau tangguh sampai bila pun kita takkan start.

Bersungguh sungguh! Dan jangan buat sesuatu kerana terpaksa. Buat kerana kita suka. Buat, redah, dan tawakkal  pada Allah. Minta dengan Allah. Sebenarnya lepas sy joint beberapa seminar.. berkongsi pendapat serta ilmu dengan rakan lain, saya gabungkan..apa yg penting untuk kaya dan berjaya adalah penyucian jiwa. Basuh jiwa bersih bersih, jaga hubungan dengan Allah. Kemudian carilah ILMU. Cari Mentor yg dah berjaya. Dan TIRU apa dia buat.

Cari push factor supaya kita bersungguh sungguh dengan sesuatu. Dalam hal ini.. mak adalah push factor saya yang pertama. Besar hajat mak nak ke tanah suci. Hampir tumpah airmata saya mengenangkan push factor yg pertama ini. Dan saya berazam..sy nk realisasikan impian mak. Push factor sy yg kedua,  Sy harap dia terbaca blog ini. Sy taknak dia kerja teruk utk kami. Sy nk tolong dia. dan kalau boleh susah senang sy nk bersama dengan dia. Insha Allah..

Melayang jauh sy bersama cita dan harapan. Suatu hari nanti insha Allah,.. sy akan diatas pentas tu..


Barisan master masuk sejurus nama diumumkan president. Master Maria dan Master Firdaus pun ada. Ohsemnya tgk para master  berjalan atas red carpet. Dalam hati, insha Allah :)

Usai majlis;
sy jumpa Maria. Master Maria. Apa harus saya buat...InshaAllah..sy kongsikan dalam blog seterusnya  ^-^ ...


 Mereka kaya dan berjaya
 Kalaulah sy salah seorang dalam tu :)
 Master MariaFirdaus.

Saturday 8 March 2014

PERKONGSIAN seminar BANGKIT Dr.Azizan Osman

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, seperti apa yg sy janjikan 2-3 hari lepas di laman muka buku sy utk berkongsi apa yg sy dapat..apa yg sy rasa dari seminar BANGKIT 2014 oleh Dr. Azizan Osman pada 5Mac lepas. Sy combinekan perkongsian ini dengan 1st session sy joint seminar dr pada 5Jan lalu. Mungkin banyak kelemahan dalam perkongsian ini kerana sy bukanlah seorang penulis. Hanya berniat utk berkongsi  rasa dan cerita serta ilmu yg sy kira bermanfaat.

Sy gambarkan sedikit permulaan seminar itu. Pendaftaran bemula sekitar  jam 7pm. Ramai sungguh mereka yg nakkan perubahan dalam hidup. Lepas mendaftar, sy dengan sorang officemate pusing2 sekitar kawasan yg penuh dengan peserta yg beratur  depan pintu masuk.semua tak sabar..dan semestinya lah semua merebut tempat paling depan. Sangat ramai..fuh! sambil  pusing sambil ambil sekeping dua gambar  sebagai  kenangan ..untuk di update dalam blog..dan secara tak langsungnya sebagai  pembakar semangat kami.
 
Dalam hati nk beratur jugak..nk duduk depan. Tapi fikir2 balik, utamakan lah yg mana lg utama.Kami ke surau sejurus itu. Ingatkan kami antara orang terawal. Rupanya surau  dah penuh. Mereka lg awal tggu waktu menunaikan kewajiban seorang Islam..Kami 2nd batch..sambil tggu, sy berbual dengan beberapa org peserta,,dalam kiraan saya kelihatan mereka berpangkat kakak. Mereka sangat positive..bibir tak lekang dengan senyuman.
Usai solat magrib kami ke dewan. Dah penuh..kami agak ke belakang..takpe la..janji apa yg nk disampaikan.. sampai. Sebelum seminar bermula, kami warm up sikit dengan lagu rancak ‘bara bara’
Hhi..best. ini 2nd time sy joint seminar Dr.. semangat sungguh kami ber’bara bara bere bere’..masuknya DAO.. dimulakan dengan surah  alfatihah..sangat best seminar yg beliau sampaikan, kelakar..penuh semangat..penuh pengisian. Sepanjang seminar, semua peserta tumpukan sepenuh perhatian. Hingga saat sy tersedar peserta disebelah kiri sy teresak. Sy pusing sikit ..harap dia tak perasan.. dia menangis. Betapa apa yg disampaikan DAO sampai terus kehatinya..fikiran sy, mungkin. Saat itu kami diminta bangun..pejamkan mata. Bayangkan keadaan waktu itu..keadaan dimana  kami sudah berjaya capai apa yg kami impikan setahun lepas. Berapa ramaikah diantara ahli keluarga kita yg hidupnya terbela menumpang kejayaan itu. Siapakah org pertama yg kita nk balas budi dia..siapa.. saat itu sy juga tersentuh. Tergambar perit jerih mak membesarkan sy setelah arwah abah pergi.

Sejujurnya.. Naluri sy sangat tersentuh. Tersentuh untuk mengubah kehidupan ini. Dari  kehidupan biasa2 pada kehidupan yg luar biasa. Untuk capai kehidupan luar biasa, fikiran juga harus luar biasa. Org yg mampu buat RM1500 sebulan maka hanya itu lah kemampuan otaknya. Kenapa pulak ada org yg boleh buat RM350000 sebulan. Daripada kosong..beza apakah?..

Pertama sekali kata DAO .. cuba check semula connection kita dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah..solat. kalau ini pun kita tak mampu, macam mana kita nk berjaya walhal kita tahu Allah itu maha kaya. Dia yang memberi, kenapa susah kita nk meminta. Dia boleh pilih sapa yg Dia nk angkat..dan Dia boleh pilih sapa yg dia nak jatuhkan. Minta lah dengan Allah kerana kekayaan yg sebenar adalah kekayaan jiwa.

MENTALITI- Apa yg ada dalam otak, FOCUS! Selarikan dengan TINDAKAN. Tuliskan MATLAMAT/ IMPIAN. Dah alang2 nk berimpian..tuliskan IMPIAN yg besar.  Tuliskan dengan jelas. Write clearly whats your goals. Write 101 ur goals.. Mentaliti jutawan dengan mentaliti org yg biasa biasa tak sama..Org berjaya ni akan lebih positive. Bila ada org berjaya..di doakan org tu bertambah berjaya. Bukan dengki. Tapi tak ramai org mcm ni dikalangan kita, dari pemerhatian sy. Kalau 500 friendlist dalam muka buku, 499 org akan kondem bila kita sedang berusaha untuk berubah.. jauhkan org mcm ni. Berkawan dengan org yg positive, maka positive lah kita. Follow EXACTLY apa org berjaya buat.

MAGNET- Allah mengikut sangkaan kita. Jadi bersangka baiklah pada Allah. Nk jadi jutawan, cari jutawan sebagai MENTOR anda. Dan ikut exactly apa mentor tu suruh.

BANGKIT? Apa maksud BANGKIT?
B- Business
A-Akan
N-Naik
G-Guna
K-Kuasa
I-Ilmu dan
T-Tindakan.

Itu definisi BANGKIT. Ramai yg tak sedar bahawasanya modal pertama business adalah ILMU. Ramai yg sangka nk mulakan perniagaan perlu modal yg banyak. Tak! Modal pertama adalah ILMU. Kalau modal banyak tapi takde ilmu, inshaAllah GAGAL. Jadi cari ILMU dulu. Cari MENTOR.  Kemudian ILMU itu lah yg merubah hidup. Kuasai ilmu..Kuasai tindakan.
Knowledge become more successfull

Antara perkongsian lain... Bersyukurlah dengan bersedekah .Kurang sujud / jauh dari Allah, Allah akan tarik ketenangan.

MESTI. Apa tu MESTI?
M- 1)Matlamat yg jelas
      2)Mentor- cari orang yg boleh ajar kita. Kalau tak dapat, kerja dengan dia.
E- Ilmu tentang EMOSI – Ilmu belaian jiwa. Ilmu tentang kegembiraan orang
S- Strategy/ system
T- Tindakan- Tindakan yg luar biasa.
I-Impian yang jelas. Niat yg betul.

Banyak lg perkongsian Dr sebenarnya. Tapi cukup sampai sini dulu perkongsian saya kali ni.. Maaf atas segala kekurangan. Sy mengajak anda untuk berubah.. InshaAllah pilihan kita hari ini menunjukkan siapa  kita pada masa hadapan. Terima kasih kerana tegar membaca hingga titik ini. Assalamualaikum. Semoga kita semua kaya dan berjaya.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adekmahani


SEMINAR BANGKIT - 5MAC 2014

IXORA HOTEL, PENANG.
TGGU TURN TUNAIKAN YG MANA LAGI UTAMA