Pages

Monday 21 April 2014

WHEN YOUR DREAM IS BIG ENOUGH, THE PROBLEM IS NOTHING!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum korang. Akhirnya  siap jugak  perkongsian sedikit  ilmu yg sy dapat baru baru ni.. agak lewat..lepas seminggu lebih baru sempat nk share..untuk kawan kawan sy yg berbusiness tak kira lah business apa..moga perkongsian ini memberi manfaat utk korang. Untuk anak-anak yg baru nak bermula,.. bersihkan hati lepas baca apa yg momy kongsikan. Aishehh..bermomy plak I. Hihiii..

Bz teramat sy baru baru ni. Memenuhi  tuntutan mengutamakan yg mana lebih utama..hari ni baru sempat nk kongsi.  Allah bagi sy dada yg lapang malam ni untuk utk berkongsi ilmu mereka yang berjaya. Sy kutip lalu saya kongsikan. Jika bermanfaat, saya halalkan korang amik dan apply. Semoga kita sama sama kaya dan berjaya!..insha Allah ;)

‘group coaching’ 20140412 by Master MariaFirdaus. Jika kedua master ini terbaca blog ni, mohon halal segala ilmu yg sempat sy kutip hari tu. Pengalaman serta ilmu yg sungguh ohsem. Terima kasih sekali lagi master!

Ok.. lets share. Tentang HATI, AKAL dan JASAD yg harus selari..sebelum tu sy nk kongsi dulu mastery formula towards millionaire success which is B/E/R/A/N/I.

B: Berguru
E: Elmu (Ilmu tentang Emosi)
R: Rohani ..  Hubungan dengan Allah,Letakkan Allah sentiasa dihadapan dalam apa hal sekalipun kerana Allah yang bukakan seluas luasnya pintu rezeki.
A: Action (Tindakan)
N: Niat yang betul.. Jangan berniaga sebab nak kaya, tapi berniagalah sebab nak tolong orang. Insha Allah ,..kita terpaksa jadi kaya.
I: Impian yg jelas.

Bercerita tentang R (rohani)... part ni paling terkesan lepas sy joint group coaching tempohari.. Jujurnya.. sy bukan org yg baik. .sy manusia yg penuh dengan kelemahan. Penuh dengan khilaf,..Rohani yg tak terurus. Di sini silap saya rupanya. Sy tak endah pasal master checklist yg master2 tekankan. Sy main redah je buat business. Konon pandai sendiri. Akibatnya.. rempuh lah sy satu dinding ke satu dinding. Failed.

Takpe..belajar dari kesilapan. Tapi bayangkan la kalau saya buat semua ni dari awal. Belajar dengan mentor yg betul. Belajar ilmu tentang emosi.. menjaga rohani. Niat yang betul..sy tak pernah terfikir buat business sebab nak kaya,.. moga Allah sentiasa pelihara niat sy untuk bantu orang dan jauhkan saya dari sifat tamak.Alhamdulillah saya berada dalam group yg sangat betul.. bayangkan jugak kalau dari dulu sy dengan Tindakan yg betul serta selari dengan hati dan akal dan Impian yg jelas. Di mana kah saya sekarang kalau sy sedar akan semua ni dari awal.

Kenapa ramai orang GAGAL dan terus GAGAL

Masalah ramai orang hari ini fikir nk buat business susah. Nk buat ni susah..nak buat tu susah. Hati ni berkeladak dengan rasa susah. See.. bila kita berwirid ‘susah’ dengan Allah..maka susah lah jadinya.. ..kenapa fokus pada masalah. Kenapa tak focus pada penyelesaian.

Kita sebenarnya takut..sedang kita tahu, perjanjian Allah itu benar. 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Tapi kita sangat takut. Bila takut, bermakna kita tidak yakin dengan Allah.

Sebab ramai orang GAGAL dan terus GAGAL bila ketiga benda yg sy sebut di atas tadi tu tak selari.

Emosi bergantung apa yg kita nak, dan yang kita nak tu of coz la besar giler
Akal plak berdasarkan pengalaman dan ilmu yg kita belajar.
Tiba tiba tindakan kita hanyalah ‘ biasa-biasa’. Sedangkan Emosi sangat gah. Di sini yg tak kenanya.  EMOSI, AKAL dan TINDAKAN tak selari. Bila EMOSI terganggu, akal akan bertindak mengikut EMOSI. Automatically TINDAKAN pun out.

Jadi.. bila EMOSI  dalam berimpian tu besar. AKAL akan buat ikut EMOSI. Seiringkan dengan TINDAKAN yg luar biasa untuk realisasikan IMPIAN yg besar tu.

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH ?

Di sini lah fungsinya R (Rohani)
-Jaga hubungan dengan Allah
-Jaga hubungan dengan ibubapa
-Jaga hubungan dengan suami/isteri
-Selawat
-Sedekah
-Cari kawan2 yang positive
-Jadi yg terbaik diantara yg terbaik.

Jaga hubungan dengan Allah
Kata mereka yang berilmu kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
-berDHUHAlah
-berSEDEKAHlah
-SUNAT TAUBAT tiap tiap hari.
-TAHAJJUD
-ZIKIR DAN SELAWAT
-SUJUD SYUKUR
-Wirid la dengan Allah..minta pada DIA, dan kalau perlu menangis, menangis lah.

MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN

Apa yg kita nak sebenarnya dalam hidup ni?..  cuba paksa diri listkan 101 matlamat yg kita nak capai dalam hidup ni.

Bila kita start fikir, emosi akan mula terasa macam mana nak buat dan seiringkan dengan tindakan yang selari mengikut emosi dan akal. Masa nak tulis tu tulis dengan perasaan macam apa yg kita nak tu kita dah dapat. Kira konfiden tahap dewa la ni. Hehehhh...

Dalam 101 impian tu, cuba listkan pulak 6 matlamat utama yg paling paling nk capai.
Contoh :
-Dalam masa satu tahun lagi- siapa kita, dimana kita?
-Income berapa dalam masa 1tahun dari sekarang?
-Kerohanian. Apa yg kita nak ubah rohani kita ni. Contoh nk solat cukup 5waktu..diawal waktu.Nk dhuha dengan sangat konsisten. Nak baca Al-Quran tiap2 hari walaupun sepotong ayat. CONTOH LAH
-Nak baiki hubungan. Dengan suami contohnya. Dengan mak ayah,..dengan family mertua kalau ada yg sikit2 tak kena, ce tulis.
-kereta impian. Nak kereta apa dalam masa satu tahun lagi ni bila income yg no2 tadi dah ada dalam tangan..adess..:) crv crv crv..wuwuuuu
- nak sumbang berapa sebulan. Nk sedekah berapa sebulan.. tulis dengan jelas semua ni. Dan berwiridlah dengan Allah Taala.. disamping usaha serta tindakan yg betul.

Ok.
Sy suka nak berkongsi tentang ini. Berkongsi tentang jiwa yg tenang. Jangan percaya apa saya kata tapi buat jaa. Sebelum solat, tarik nafas dalam2..dalam kiraan 4 saat. Tahan. 2saat. Dan lepaskan dalam kiraan 8. Solatlah dengan hati yg tenang..inshaAllah. sy sangat suka berkongsi  ilmu yg baru ini. Alhamdulillah..lepas amalkan, solat rasa sangat tenang. Terima kasih master tentang ilmu ini.

WHEN YOUR DREAM IS BIG ENOUGH, THE PROBLEM IS NOTHING

Bagaimana otak berfungsi. Bahasa bagi otak adalah gambar. Jadi, visualkan lah semua impian2 korang. Nk kereta apa..nk bercuti di mana.. US kah..Italy kah?.. BALI kah?.. visualkan.

Jangan focus pada masalah. Jangan fokus pada kesedihan. Switch. Kita tukar.

Kalau berfikir, berfikirlah yg luar biasa.
BerEMOSI lah dengan luar biasa
BerTINDAK lah dengan TINDAKAN yg luar biasa

Dan.. result pasti luar biasa. Kalau tak luar biasa jugak..ce check apa lagi yg korang tak buat. Ada tak mak ke, ayah ke..husband ke yg terasa hati dengan korang. Balik, betulkan.

Emm..

Ada lagi 7helai nota saya nk kongsi dengan korang2..tapi  masa tak mengizinkan. InshaAllah..esok/lusa saya sambung. 

Keep chill~ assalamualaikum. nunitee ^_^