Pages

Saturday 18 April 2015

Ya Allah,Terima Kasih Atas UjianMu

Hari ni 18/04/15,
Terima kasih ya Allah.. atas segala ujianMu.


 2taun lepas, pada tarikh ni waktu ini, sy sedang ‘berjuang’ dalam operation theater untuk Mitral Valve Replacement. Injap mitral saya bocor sejak kecik. Masa sy check up di KPJ beberapa mggu sebelum tu, Doc Safari cakap jantung sy dah mula bengkak. Better operate sekarang sementara masih kuat. Dalam hati, sy redha dengan ujian kecil Allah ini. Rezeki saya, lepas refer KPJ, GHPP call untuk operation. Mungkin dah tiba masanya.15/04/2013 sy admit.

Pagi 18/04/13, saya 1st case operation pagi tu. Mak dan beberapa ahli keluarga lain dr awal pagi menemani hingga sy ditolak ke bilik pembedahan. Menyusur mereka di belakang. Saya senyum memberi kekuatan pada diri sendiri..walau dalam hati takut hanya Allah yang tahu. Saat saya ditolak ke operation theater, tak putus istighfar dalam hati, mohon keampunan Allah SWT. ‘Jangan nangis dek..u harus kuat untuk mereka semua. u tak bole kelihatan lemah depan semua insan ni. ..’

Saat mak dan mereka yang lain cium pipi cium dahi, saya senyum.. Memberi tahu mereka dalam diam semuanya akan ok InshaAllah. Saya nampak ‘kkak’ anak buah sy jatuh airmata saat memberi saya kekuatan, sy senyum lagi.. ‘maksu ok. Doakan msu jaa’. Sy tengok sorang demi sorang wajah kesayangan.. terhenti pada mak.. mak seolah menahan sesuatu. Saya tahu mak takut kehilangan. Sy senyum lagi memberi mak kekuatan..dlm hati  ‘Adek ok mak...’ sy melihat seorang demi seorang saat ditolak masuk ke dalam.. dalam hati andaikata ini kali terakhir aku menatap mereka...Allahuakbar. peliharalah mereka semua ya Allah.

Seram dalam bilik operation ..Bismillahitawakkal ‘Alallah.. InshaAllah. Sy buang jauh rasa takut. Masa ni sy nampak doc pakar bius yang explain procedure 2hari lepas,dia melihat sy sambil senyum..’everything will be ok’. Muka sy ditutup dengan kain nipis hijau. Rasa sakit kena cucuk ditengkuk. sambil..terus istighfar dalam hati. Kain dibuka, masa ni sy masih sedar. saya ditolak ke bawah lampu. Masih terdengar para doctor cakap ‘bahasa mereka’ ... Sy nampak doc pegang satu alat mcm sedut gas. Sy tahu tu alat untuk  ‘matikan’ sy sepanjang pembedahan. Sy rileks..betul, masa benda tu diletak  ke hidung dan mulut sy.

Tarik nafas.. 2-3 kali nafas sy pengsan. Dah tak sedar apa apa lagi.. pembedahan sy difahamkan kalau takda masalah, mungkin dalam 7-8 jam. Bermaksud dr pagi-petang. Satu injap sy kena tukar..injap mitral. lagi dua injap kena repair.

Operation berjalan lancar. Alhamdulillah.. Masa separa sedar; sy dengar mak..kkak.. memanggil ‘adek... maksu’..tapi sy tak nampak apa apa.. Yang sy ingat, ‘sedut kahak..’‘dah nak sedar ni’..‘dia kuat’..

Saya taktau tu siapa. Saya tak nampak apa apa..tapi sy mendengar. Sungguh lah.. kata orang tatkala koma kita merasa semangat mereka salurkan. Kita mendengar apa mereka kata walaupun kurang jelas siapakah.. apakah..

2hari koma, esok malam tu, baru sy betul2 sedar. Ya Allah.. wayar apakah ini. Tiub dimulut..tiub dimerata rata. Dengar pesakit sebelah mengerang..sy pusing..tapi mata saya kabur. Terasa cemas. ‘Nurse,..sy nak suami sy..sy nak spek. .sy tak nampak’. Nurse dtg.. ‘jangan banyak gerak. .’

Sy terbaring..sungguh sy tak mampu apa apa saat ni. Lepas jer sy sedar, sy ditransfer ke unit CTC malam tu jugak. Sukarnya ya Allah sy bernafas. Bermula kesukaran ini lah..dengan 2 tiub di perut.. tong darah yg masih bersisa.. saya tak mampu apa apa.. Duduk bangun, nak ke toilet kena wheelchair. Bertatih jalan saya perlukan bantuan org. ‘bendasing’ dalam badan ni, ambil masa yg agak lama nak sesuai dengan sy. Setiap hari selama hampir sebulan sy demam. Demam tak bole discharge. Menangis nangis sy nak balik. Allahuakbar.. kenangan ni akan sy simpan sampai bila bila.

Nasihat saya, pembaca semua.. jaga la kesihatan baik baik. Macam sy punya kes lain, sy ‘dipilih’ oleh Allah SWT untuk dapat sakit ni dari kecik. Sepanjang sy warded sy nampak ramai orang yg kena sakit jantung (heart attack) diusia pertengahan adalah lelaki. Tak nafikan, perempuan pun ada tapi agak dilewat usia disebabkan masalah injap macam saya. Ada jugak beberapa kes yg kena buat bypass disebabkan serangan jantung. Saya nampak bila dah semakin berusia, semakin susah nak baik mcm sediakala. Apalagi kalau yg ada kencing manis. Susah sangat nak baik. Lepas ok jantung, kencing manis plak bernanah nanah tempat kena tebuk tu. Nauzubillah..

So kalau boleh prevent, prevent lah dari awal. Jangan ikut sangat kata hati tu. Kalau berkemampuan, amiklah suppliment apa apa untuk jaga kesihatan. Jangan sakit baru nak cari ubat tu ubat ni. Tak guna dah masa tu.

Sy share sebab sy lalui semua ni.hampir sebulan warded unit cardio, mcm mcm sy jumpa. Kebanyakannya heart attack. Heart attack adalah berpunca dari kolestrol yang tggi. Saya seringkali share pasal ni..senang nak bagi faham, bila kolestrol tggi dan makin tggi, lama kelamaan akan block saluran darah. Masa ni lah terjadinya serangan jantung. Serangan jantung kalau cepat selamat. Kalau lambat, nauzubillah.. saya takmau sebut lah. Memang, mati itu pasti. Setiap kita yang hidup pasti merasai mati. Cumanya,.. nasihat sy selagi bole jaga, jaga.

Sekian sharing sy hari ni. Semoga bermanfaat kisah ni untuk uol lebih aware untuk jaga kesihatan masing masing. Assalamualaikum :)


Friday 17 April 2015

airmata tumpah jua

Airmata yang selama hari ni aku seka didepan semua orang, akhirnya hari ni tumpah depan Norina. Allahuakbar..kenapa lemah aku saat ni. Masa joint seminar hidup luar biasa tadi, doc minta kami pejamkan mata.. bayangkan di depan ada bulatan kecil. Dalam bulatan tu ada cahaya impian yang selama ni kita impikan..kebahagiaan, kebebasan..dan segala apa yang kita nak selama hari ni ada dalam bulatan kecil tu.

Saat doc melepaskan kami melangkah ke bulatan tu, airmata aku mula jatuh. Aku dahagakan perubahan hidup. Aku dahaga untuk keluar dari semua kesempitan hidup ni. Laju airmata jatuh saat ni. Aku tak pasti kenapa perlu airmata ini jatuh sedang aku dah berjaya masuk dalam bulatan kejayaan tu.

Perasaan ini terbawa. Aku seka sebenarnya..berlagak depan norina seolah tak terkesan apa apa dalam hati. Tapi aku tak mampu tipu diri sendiri. Aku teringatkan tahun lepas masa joint IMKK general tiket, turning point adalah membahagiakan orang yang paling aku sayang. Dan hari ni Allah menguji, orang yang paling aku sayang itu mengkhianati kepercayaanku padanya selama ini. Sungguh, sejak kejadian,..sakit dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Bagaimana tiada perkataan boleh aku gambarkan betapa aku menyayangi insan ini, begitu juga tiada perkataan menggambarkan betapa sakit aku dikhianati. Namun, aku yakin.. Allah yang memegang hati. Allah yang beri bahagia, dan Allah beri sakit untuk menguji sejauhmana keimanan kita terhadapnya..

aku sentiasa pujuk hati memaafkan. Tiap malam sebelum tidur,  aku berbicara dengan Allah, aku maafkan dia. Dan aku halalkan dunia akhirat tiap apa yang dia tak mampu tunaikan selama kami bersama,,aku halalkan. Tidak ada sekelumit pun perasaan dendam dalam hati. Aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa di muka bumi  Allah ni. Aku sedar, sudah hidup ini adalah mati. Jadi untuk apa menyimpan dendam.

Aku mengkaji dimana silap. Kenapa aku masih tersekat di tahap yang sama sedangkan aku sudah memaafkan semua orang. Menjaga hubungan dengan semua orang seadanya.. walau disakiti..walau dikhianati. Walau tak dipeduli. Aku ada terbaca kata kata, untuk hidup tenang, jangan bergantung pada makhluk. Cukuplah Allah sebaik baik penolong.
Rupanya bila aku kaji, dan kaji, memang benar aku memaafkan. Tapi silap aku tak mampu melupakan. Bagaimana ya Allah.. ajarkan aku bagaimana untuk melupakan kesakitan yg ditinggalkan ini. Sungguh, dengan nama Allah tiada sekelumit pun perasaan dendam dalam hati. Apalagi nak bermusuh sesama sendiri. Tapi,..

Kenapa sangat sukar aku lupakan kesakitan ni ya Allah..

Ya Allah, ajarkan aku bagaimana untuk lupakan semua ni. Dengan waras, lepas HLB aku  mendaftar IMKK lagi sekali tahun ni dengan super supreme ticket. Jujur dalam poket cuma ada sekeping RM50 dan beberapa helai duit seringgit. Pendaftaran RM200. Ya Allah, terima kasih meminjamkan norina sebagai sahabatku dunia akhirat InshaAllah, aku pinjam dari beliau RM200 mendaftar IMKK super supreme ticket RM3997. Aku tak tahu ya Allah bagaimana aku bole dapat lagi RM3797 untuk bayar, aku serahkan padaMu ya Allah,..andaikata ini jalan untuk aku keluar dari segala kesulitan ni, maka KAU permudahkanlah. Bantulah aku dalam jihad mencari rezekiMu yang halal.


Aamiin ya Allah.
Nukil hati

20140412
Ya Allah, aku serahkan seluruh kehidupanku ini padaMu.
aturlah ya Allah mana yang terbaik untukku.

Thursday 16 April 2015

Shaklee CNY celebration- 13th March 2015

Pembaca blog adekmahani.blogspot.com , assalamualaikum. Saya doakan anda semua kaya, berjaya, bahagia dunia akhirat. Salam Jumaat penghulu segala hari. Lapang lapangkan diri hari ni baca surah Al-Kahfi, usahakan sampai habis moga moga Allah pelihara kita semua dr segala perkara yang tak diingini hari ini dan seterusnya. InshaAllah.. Actually blog sharing ni dari pagi tapi in between tadi ada customer PM, sy attend customer dulu tadi. Utamakan yang mana lebih utama. Lepas attend, balik baru sambung sharing. Alhamdulillah siap pun ^_^

Hari ni saya nak share moment shaklee CNY celebration pada 13th March lepas. Alhamdulillah.. murah rezeki sy dr hari ke hari sejak 1st quarter 2015 ni. Jadi sy kongsikan dengan kawan kawan lain. Ilmu yang mana ada keep share with others. Rezeki mana Allah belanja, syukur sangat. Saya bukan siapa siapa tanpa bantuan Allah SWT. Allah yang menggerakkan hati manusia. Allah yang menrezekikan saya dan kita semua. Syukur alhamdulillah.

Hari ni rasa nak menangis dengan rezeki Allah. Syukur ya Allah..ya Wahhab..ya Razzaq. Menderu pm masuk hari ni. Alhamdulillah..bukan nak cite tu sebenarnya. Nak share moment je ^__^


Have fun!

The more u give
The more you get

Bila semakin ikhlas kita memberi. . semakin mudah jalan rezeki.
Allahuakbar..terima kasih ya Allah. Tuah saya berada dalam group yang sangat betul. MFMS the most happening team in Malaysia!! ^___^

Kami mengalu alukan kehadiran anda semua, kita berjemaah dalam menjemput rezeki Allah SWT. Berminat sertai kami di MFMS?

PM sy guide.
019-5914240---> whatsup/telegram available.

Enjoy the moment Shaklee CNY celebration- 13th March 2015


jemput makan uol :)
makan sungguh ai masa ni. Ngee

Master MariaFirdaus and Master AdekSomey to be InshaAllah

Master Maria, flawless sangat.

norina yang sentiasa 'teen'

Business itu berjemaah.

Ekin, kawan SPOneTech turut ada sama. Tenkiuu dear sudi datang

Master to be. InshaAllah

Love to share with others

Master Norina to be ^-^













NECK day9

kurus dan sihat dipagi Syawal ^_^ Biar sedap mata memandang

Assalamualaikum  pembaca blog adekmahani.blogspot.com . Saya doakan anda semua kurus dan sihat.

Sambungan NECK ^_^
Disamping kami diguide makan dengan kadar kalori yang betul, workout 2x/ day (depend on kemampuan), kami di NECK juga mencadangkan beberapa jenis suppliment bagi membantu proses penurunan berat badan dalam keadaan yang sihat. Antara suppliment yang dicadangkan:

Untuk buang toksin dari badan. Bersihkan usus agar penyerapan nutrien akan berlaku dengan lebih baik. Kalau usus berkeladak, semua makanan sihat yang kita makan adalah sia sia. Untuk buang toksin kita cadangkan:
  • Alfalfa
  • Herb lax
Untuk bakar dan buang. Untuk menguraikan lemak tepu dalam badan kepada lemak yang lebih kecil supaya ia lebih mudah disingkirkan. Disamping menjaga kesihatan jantung dengan omega. Kita bcadangkan:
  • Lecithin
  • Omega
Untuk bina kembali otot. Bila berat badan dah mula turun, badan akan mula menggeleber. Lemak terbakar, otot juga terbakar, kesannya badan akan menggeleber. Kita atasi masalah ni dengan memantapkan kembali yg menggeleber tu dengan ESP+Cinch. Kedua dua ini mempunyai protein yang tinggi untuk bantu bina kembali otot. Turun berat badan dalam masa yang sama, otot dapat dibina kembali pejal.
  • Esp
  • Cinch
Kami faham bagi yang kurang berkemampuan, tak semestinya consume full set. Bole sediakan suppliment ni ikut kemampuan masing masing. Alang alang joint NECK, biar capai sesuatu.

Berat saya masa day1 joint NECK 68.3kg. target lost 8-10kg. Saya tanak kurus sangat. Pernah masa zaman study dlu berat sy sekitar 55kg, sy nampak macam orang sakit. Biar sedap mata memandang jer ^_^

NECK day9
91days to go
Kurus dan sihat dipagi Syawal ^_^

NECK day9 workout.





Sunday 12 April 2015

Focus kami di NECK bukan sahaja untuk kurus, tapi kurus dan sihat.

Assalamualaikum  pembaca blog adekmahani.blogspot.com . Saya doakan anda semua kurus dan sihat. Lain sikit eh pembuka bicara kali ni. Hehe.. alhamdulillah, hari ni hari ke-3 sy joint NECK. Pergh.. giler kentang team NECK ni. Baru 3hari joint badan terasa fit.

Apakah NECK ^_^
NECK: Now Everyone Can Kurus adalah projek terbaru empayar MariaFirdaus. Kami akan di guide selama 100hari oleh coach yang memantau pemakanan serta workout kami everyday. Lepas joint NECK saya belajar sebenarnya untuk kurus, kena makan. Hehe.. kami dalam NECK kena makan sehari 5x ok. Suppliment hanya membantu. Ramai orang salah anggap amik suppliment jer bole kurus. Ramai beranggapan amik suppliment tak perlu senaman, nak makan apa, makan. Oh no!.. kalau ya ada produk yg bole kurus dalam masa 3hari, something goes wrong. U better check. Bayangkan lah badan GEMPAL selama 30TAHUN tetiba nak mengurus dalam masa 3HARI. Please laaahhh..
NECK sy joint ni dah batch ke3. Ni pun lepas sedar pentingnya menjaga pemakanan. Bukan untuk kurus tapi untuk kurus dan sihat. Best giler tengok beberapa testimoni NECK last batch dah selim melim+ sihat= santik. Hamboi ^_^ teruja ai

Saya pun joint. Actually 3rd batch ni start 1st April aritu. 8th April saya baru joint. See,..org lain dah sibuk workout, ai baru nak joint. Hukhukkk..

1st day NECK. Saja jer nak share. Hehehh..
Makan kena hupdate makan haper.. workout haper. Ok lar..disebabkan sy tak mcm org lain, awal awal sy bgtau sy ada masalah jantung dari kecik, dah operate.. dinasihatkan sebelum joint NECK bagi yang ada sakit sakit yang bahaya, better minta nasihat doctor dulu. And workout sekadar yang mampu. Coach bagi I workout yang ringan jer dulu. Joging setempat. 1st day ai buat setengah jam pagi. Petang ai workout 40min around. Perggh..peluh baq ang.. dasat dasat depa. Day by day I increase workout and sampai tadi pagi dapat buat sejam lebih/session. BEST ker BEST ^_^


Coach pesan:  kurang bercakap... BuKTIKAN. Ok baik coach ^_^  ai buktikan 100 hari dr sekarang. Let share the moment I workout sepanjang 3hari pertama ni.. Very soon, say bye to myself before. Hehehehh..


1st session worout on day1

2nd session worout on day1

2nd day workout...

3rd day workout.. 

Thursday 2 April 2015

Cuti cuti Langkawi 2015


Last week; Allah mengizinkan sy teman sahabat jutawan saya Norina pergi bercuti. Alhamdulillah,..berjalan lancar perjalanan kami. Bercuti 3hari 2mlm di Langkawi. Gamble je pegi, with no plan at all. Hehehh.. tapi Allah mudahkan urusan sepanjang kami di sana. Di rezekikan pulak dengan chalet yang dah lama kami idamkan. Alhamdulillah..


Depan Delta Motel



                Delta Motel; highly recommended bagi sesapa yang nak bercuti di Langkawi. Di sini, kita bole view permandangan indah dr dua hala. Yes,.. ai dah banyak kali je pegi. Tapi ini first time dapat view mcm ni. Cantik sangat.  Dr petang kami merakam moment, feel like orang kaya ok. Yes.. feel it feel it.. apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat adalah doa. Enjoy. Sangat enjoy. Feel like teenagers pun hado. Kehkehh ^_^

Petang 1st day dr Cliff Restaurant view. Cantik sangat :)

Mood happy ok.

Cantik jer Norina pose

Menghala Langkawi Permata Kedah


                Sepanjang journey, tak putus kami nasihat menasihati antara satu sama lain. Tak dinamakan hidup kalau tak ada masalah. Sebenarnya apa yang kita lalui hari ini sudah tertulis sejak luh mahfuz dulu. Cumanya, bagaimana kita nak mengharunginya. Alhamdulillah, saya sejak bersahabat dengan sahabat jutawan ini,.. norina & ana, saya makin dekat dengan Allah SWT. Bukan sy org baik. Tak.. Cuma sy sedang berubah menjadi yg lebih baik. Kadang sy fikir, sy renung,.. kesian arwah abah di Sana menanggung dosa yg sy lakukan. Tak langsungnya abg abg.. saya takkan buat sesuatu yg akan mengheret mereka ke neraka. Tak.. walau apa jadi pun,.. sy syg mereka semua. Walau bagaimana mereka, walau siapa pun mereka :)

terima kasih ya Allah.. syukur atas segalanya


                Rasa selamat sangat, mandi pakai tudung. Yes, memang mula mula kurang selesa. Tapi Allah tak suruh kita bercuti sampai dedah sana sini. Right? ^-^

Tasik Dayang Bunting

Udara pagi yang sangat fresh

we are ready for Island hoping

Cantik image ni. suka sangat


peace yooo.. ^___^


kenapa nampak kurus ni..kehkehhh

its about friendship. InshaAllah moga kekal dunia akhirat persahabatan ni.


                Petang 2nd day selepas island hoping, we all pegi cable car. Harga dah naik sikit dr masa sy pegi dulu. Tapi, rasa pengalaman baru sky dome. Haha..u guys know, saya adalah seorang yg in realnya takkan naik roller coaster ok. Sebab sy tahu kemampuan saya. Petang ni masa sky dome, actually we dont know apakah itu. Masuk je dalam tu tetiba terasa diri berada diatas roller coaster. Alamak... hahaaha.. ok FINE!! Tak sengajanya terpaksa naik roller coaster :P .. apalagi, menjerit lah aku! Haha..



safe journey pegi balik sky walk


Heheh..bukan sombong ..saja nak bgtau muka tak burn walaupun berjemur. hehehe..

sky walk view

comey norina


journey start

penat sebenarnya ni..^_^



                Then naik cable car ni standard lah kan..mulanya risau jugak sebab lepas operate sy tak pernah ke tempat tggi mcm ni. But, try. Kita takkan tau selagi tak cuba. Naik jer takpe. Skywalk masih dalam renovation. Alang alang da pegi, habiskan. Rugi tak buat. We all meredah hutan in 1km. Dengar mcm dekat kan 1km. Tapi bukitnya MasyaAllah.. separuh perjalanan sy dah istighfar panjang. Tak putus zikir. Takut something happen. Allah.. selisih dengan mat salleh, minah salleh.. its very hard but very nice view. Haha..ok, alang alang, habiskan. Begitu semangat kami. Org lain bole, kenapa kita tak bole :)

                Tak bole nak cakap how hard the journey. Its memorable ok. Ai hingat sampai bila bila.. haha.. Tapi alhamdulillah, sapa kata org sakit jantung macam ai ni tak bole. Mind set tu. Jika kau fikirkan kau boleh, KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN! Jika kau fikirkan ragu ragu, USAHAMU TIDAK MENENTU. Same konsep in business, nothing is impossible in the willing heart. Alhamdulillah.. selamat meredah hutan pergi, dan selamat balik. Ngee.. u did it norina. U did it adeksomey. Thumb up :)

                Moment banyak sungguh dlm HP masing2. Ini kenangan Langkawi 2015. Alhamdulillah.. lancar semuanya. Allah mengizinkan saya teman sahabat sy. Kalau Allah tak izinkan, saya takkan sampai sana. Smooth everything. Alhamdulillah..semua ok sepanjang bercuti ni. Cuma hati sedikit terhiris, ini tempat sy pernah dengan ‘dia’.. Allahuakbar, kenangan ini mengusik jiwa sebenarnya. Tapi sy sibukkan diri. And forgot everything. Terima kasih ya Allah...


Enjoy our moment in Langkawi ^-^

sibuk benor die

org ni wat wat sibuk jer :D


Alhamdulillah tamat percutian 3hari 2mlm di Langkawi. InshaAllah panjang umur murah rezeki kita g tempat lain plak.
share with love

-adeksomey-