Pages

Saturday 18 April 2015

Ya Allah,Terima Kasih Atas UjianMu

Hari ni 18/04/15,
Terima kasih ya Allah.. atas segala ujianMu.


 2taun lepas, pada tarikh ni waktu ini, sy sedang ‘berjuang’ dalam operation theater untuk Mitral Valve Replacement. Injap mitral saya bocor sejak kecik. Masa sy check up di KPJ beberapa mggu sebelum tu, Doc Safari cakap jantung sy dah mula bengkak. Better operate sekarang sementara masih kuat. Dalam hati, sy redha dengan ujian kecil Allah ini. Rezeki saya, lepas refer KPJ, GHPP call untuk operation. Mungkin dah tiba masanya.15/04/2013 sy admit.

Pagi 18/04/13, saya 1st case operation pagi tu. Mak dan beberapa ahli keluarga lain dr awal pagi menemani hingga sy ditolak ke bilik pembedahan. Menyusur mereka di belakang. Saya senyum memberi kekuatan pada diri sendiri..walau dalam hati takut hanya Allah yang tahu. Saat saya ditolak ke operation theater, tak putus istighfar dalam hati, mohon keampunan Allah SWT. ‘Jangan nangis dek..u harus kuat untuk mereka semua. u tak bole kelihatan lemah depan semua insan ni. ..’

Saat mak dan mereka yang lain cium pipi cium dahi, saya senyum.. Memberi tahu mereka dalam diam semuanya akan ok InshaAllah. Saya nampak ‘kkak’ anak buah sy jatuh airmata saat memberi saya kekuatan, sy senyum lagi.. ‘maksu ok. Doakan msu jaa’. Sy tengok sorang demi sorang wajah kesayangan.. terhenti pada mak.. mak seolah menahan sesuatu. Saya tahu mak takut kehilangan. Sy senyum lagi memberi mak kekuatan..dlm hati  ‘Adek ok mak...’ sy melihat seorang demi seorang saat ditolak masuk ke dalam.. dalam hati andaikata ini kali terakhir aku menatap mereka...Allahuakbar. peliharalah mereka semua ya Allah.

Seram dalam bilik operation ..Bismillahitawakkal ‘Alallah.. InshaAllah. Sy buang jauh rasa takut. Masa ni sy nampak doc pakar bius yang explain procedure 2hari lepas,dia melihat sy sambil senyum..’everything will be ok’. Muka sy ditutup dengan kain nipis hijau. Rasa sakit kena cucuk ditengkuk. sambil..terus istighfar dalam hati. Kain dibuka, masa ni sy masih sedar. saya ditolak ke bawah lampu. Masih terdengar para doctor cakap ‘bahasa mereka’ ... Sy nampak doc pegang satu alat mcm sedut gas. Sy tahu tu alat untuk  ‘matikan’ sy sepanjang pembedahan. Sy rileks..betul, masa benda tu diletak  ke hidung dan mulut sy.

Tarik nafas.. 2-3 kali nafas sy pengsan. Dah tak sedar apa apa lagi.. pembedahan sy difahamkan kalau takda masalah, mungkin dalam 7-8 jam. Bermaksud dr pagi-petang. Satu injap sy kena tukar..injap mitral. lagi dua injap kena repair.

Operation berjalan lancar. Alhamdulillah.. Masa separa sedar; sy dengar mak..kkak.. memanggil ‘adek... maksu’..tapi sy tak nampak apa apa.. Yang sy ingat, ‘sedut kahak..’‘dah nak sedar ni’..‘dia kuat’..

Saya taktau tu siapa. Saya tak nampak apa apa..tapi sy mendengar. Sungguh lah.. kata orang tatkala koma kita merasa semangat mereka salurkan. Kita mendengar apa mereka kata walaupun kurang jelas siapakah.. apakah..

2hari koma, esok malam tu, baru sy betul2 sedar. Ya Allah.. wayar apakah ini. Tiub dimulut..tiub dimerata rata. Dengar pesakit sebelah mengerang..sy pusing..tapi mata saya kabur. Terasa cemas. ‘Nurse,..sy nak suami sy..sy nak spek. .sy tak nampak’. Nurse dtg.. ‘jangan banyak gerak. .’

Sy terbaring..sungguh sy tak mampu apa apa saat ni. Lepas jer sy sedar, sy ditransfer ke unit CTC malam tu jugak. Sukarnya ya Allah sy bernafas. Bermula kesukaran ini lah..dengan 2 tiub di perut.. tong darah yg masih bersisa.. saya tak mampu apa apa.. Duduk bangun, nak ke toilet kena wheelchair. Bertatih jalan saya perlukan bantuan org. ‘bendasing’ dalam badan ni, ambil masa yg agak lama nak sesuai dengan sy. Setiap hari selama hampir sebulan sy demam. Demam tak bole discharge. Menangis nangis sy nak balik. Allahuakbar.. kenangan ni akan sy simpan sampai bila bila.

Nasihat saya, pembaca semua.. jaga la kesihatan baik baik. Macam sy punya kes lain, sy ‘dipilih’ oleh Allah SWT untuk dapat sakit ni dari kecik. Sepanjang sy warded sy nampak ramai orang yg kena sakit jantung (heart attack) diusia pertengahan adalah lelaki. Tak nafikan, perempuan pun ada tapi agak dilewat usia disebabkan masalah injap macam saya. Ada jugak beberapa kes yg kena buat bypass disebabkan serangan jantung. Saya nampak bila dah semakin berusia, semakin susah nak baik mcm sediakala. Apalagi kalau yg ada kencing manis. Susah sangat nak baik. Lepas ok jantung, kencing manis plak bernanah nanah tempat kena tebuk tu. Nauzubillah..

So kalau boleh prevent, prevent lah dari awal. Jangan ikut sangat kata hati tu. Kalau berkemampuan, amiklah suppliment apa apa untuk jaga kesihatan. Jangan sakit baru nak cari ubat tu ubat ni. Tak guna dah masa tu.

Sy share sebab sy lalui semua ni.hampir sebulan warded unit cardio, mcm mcm sy jumpa. Kebanyakannya heart attack. Heart attack adalah berpunca dari kolestrol yang tggi. Saya seringkali share pasal ni..senang nak bagi faham, bila kolestrol tggi dan makin tggi, lama kelamaan akan block saluran darah. Masa ni lah terjadinya serangan jantung. Serangan jantung kalau cepat selamat. Kalau lambat, nauzubillah.. saya takmau sebut lah. Memang, mati itu pasti. Setiap kita yang hidup pasti merasai mati. Cumanya,.. nasihat sy selagi bole jaga, jaga.

Sekian sharing sy hari ni. Semoga bermanfaat kisah ni untuk uol lebih aware untuk jaga kesihatan masing masing. Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment