Pages

Wednesday 27 May 2015

IMKK May 2015- Part 1

IMKK May 2015- Part 1

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan izin-Nya ilham mencurah curah untuk berkongsi dalam entri kali ni. Saya doakan pembaca blog adekmahani.blogspot.com dalam keadaan sihat serta bahagia dengan tugasan masing masing,..family masing masing InshaAllah. Anda yang sedang membaca ini luar biasa hebat! :)

Jihad kami menuntut ilmu baru baru ni, perjalanan dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah.. Kami sampai sekitar jam 2-3am semalam dari KL, 4hari berkampung dengan Dr Azizan Osman (DAO) pada 21-24th May baru baru ni bersama mentor hebat dalam IMKK dan kali ni Alhamdulillah Allah izinkan sy duduk betul betul depan DAO. Ticket super supreme feelingnya Subhanallah..energy super duper hebat.

Masa dalam IMKK, meremangnya bulu roma sampai saat menulis ni pun rasa debarnya ya Allah. ‘Setiap tindakan pasangannya adalah cabaran’.. setiap keinginan, kemahuan pasangannya adalah cabaran. sy nak share kisah ni, semoga memberi inspirasi pada orang lain. Andaikata doa mereka belum Allah kabulkan, maka bersabarlah. Allah tahu  bila waktu yang sesuai untuk kita dapat apa yang kita nak.

Sy sebenarnya tahun lepas dah joint MMM+IMKK. Tapi masa IMKK sy di seat general. Bukan salah siapa siapa.. tapi auranya tak sama. Bocor aura.. tak terfocus sy bila kiri kanan berbual hal masing masing. Allah.. Sejak tu saya tekad, sy akan datang lagi IMKK, tapi saya nak duduk seat super supreme, seat paling depan.

12th April lepas,.. sy hadir seminar HLB. Rindu sangat dengan DAO ni sebenarnya. Cerita lanjut disini: http://www.adekmahani.blogspot.com/2015/04/airmata-tumpah-jua.html

Lepas habis seminar HLB, sy rasa sy perlu pergi IMKK untuk cuci kolam jiwa yg sangat kotor berkeladak hitam dengan negative. Sy tak tenang. Hati tak tenteram walaupun zahirnya sy ok. Tapi tu lah.. we can pretend our smile but not happines. Tak tahu hijab yang manakah menutupi pintu rezeki,  jadi sy pejam mata, mendaftar IMKK ticket super supreme RM3997.



Jujur cakap, dalam poket cuma ada sekeping RM50 dengan duit singgit yg sy ingat dalam 16 ke 17hinggit mcm tu.  masa nak daftar, pendaftaran RM200. Sy kebelakang sket pk mcm mana sy nak daftar duit takda. Yang ada cuma NIAT, saya  taktau mcm mana Allah akan atur, mcm mana akan berlaku, yang saya tahu saya NAK pergi IMKK kali ni.
Allah gerakkan hati sahabat sy nurin tolong sy bayarkan deposit RM200. Alhamdulillah, tq nurin kalau awak terbaca blog ni,..tq so much. Awak kawan paling baik pernah saya jumpa. Sy mendaftar, lepas tu amik moment sekali dengan form yang di cop dengan SUPER SUPREME ni. Rasa excited walhal sy tak tahu pun macam mana sy nak bayar lagi RM3797 untuk berada depan depan doc dalam IMKK nanti.

Sy submit, berbicara dengan Allah hampir setiap kali selepas solat.’ Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku nak bayar IMKK kali ni tapi Engkau Tuhan yang Maha Besar. Andaikata IMKK Super Supreme kali ni bakal memberi perubahan besar dalam hidupku maka Kau lorongilah aku seluas luasnya. Berilah aku jalan seluas luasnya ya Allah.’ Saat yang sama, sy membayangkan sy berada betul betul di depan dr azizan osman. Betul betul depan.

Sy buat macam macam untuk bayar yuran IMKK. In between, kami gamble car boot sale jual kuih siput mak sambil trading beberapa jenis kuih tradisional yang lain. Masa ni lah tercetusnya ’Tradisi Baling...’koi lama koi sedap  ni sekitar 2 minggu sebelum IMKK start. Saya viralkan. Alhamdulillah, sambutan baik. Terbang jauh jugak siput mak ke Pahang, Putrajaya, Ipoh, KL, Rawang, Negeri Sembilan. Saya buat ini semua untuk bayar IMKK.sebenarnya mak dah lama buat kuih siput tapi sy tak nampak yang ini rezeki sebenarnya.

Tak cukup lagi nak bayar IMKK. Masa tinggal berapa hari ja lagi. Saya nampak barang kemas sy dileher dan rantai tangan. Incase kalau tak sempat, saya akan gadai semua ni.

Sedang sy berjuang habis habisan, Allah hadirkan lagi sy ujian lain untuk menguji sabarkah saya ini. Seminggu sebelum IMKK, rumah saya bumbung bocor. Sy terjaga tidur kul 4am. Hujan. Sy bangun untuk sembahkan diri pada Allah yang maha memberi. Air hujan tembus ikut siling dapur. Sedihnya ya Allah saya masa ni. Amik besen tadah air,.. air meleleh masuk arah dinding. Amik kain lap. Amik mop lap. Saya buka bilik air belakang air laju keluar. Ya Allah.. Sy dah tak ada duit langsung masa ni. Yang ada dalam acc duit amanah arwah tukwan dan duit mak sikit.
Lama sy berteleku atas sejadah.. ‘kenapa aku ya Allah’..
Setahun aku berahsia denganMu. Sebab takut mak susah hati, sy diamkan diri. Mak tak boleh tau tentang apa yg saya tanggung. Mak tak boleh tau sikitpun kesusahan sy..sedih hati ini jangan biar mak tahu ya Allah. Pernah, satu hari sy cuma ada RM3 dalam poket. Mak tanya adek ada duit?..’ada mak..banyak’. jangan isau’. Selagi mampu, selagi tu sy takkan buat mak susah hati. InshaAllah..
 Cukup hanya Allah tahu apa yg sy tanggung. Hasbunallah waniqmal waqil..sesungguhnya Allah itu sebaik baik penolong. Ya Allah, kami ini milikMu ya Allah. Kau memilih siapa yg Kau kehendaki untuk diuji. Dalam samar itu, sy terlelap atas sejadah. Sampai tersedar azan subuh. Saya bangun solat. Esok paginya baik lepas subuh mak call.. mak tanya adek buat apa..beratnya mulut ni ya Allah. Nak cakap tak cakap serba salah.
’ ngah tengok rumah mak’
‘rumah pasai pa?’
‘hujan lebat semalam..bocor’
‘Panggil tukang mai tengok satg..panggil uncle tu mai.’

Saya diam. Lama sy diam. Mcm mana nak panggil tukang sy takda duit :/
Sebab sy diam mak terus sambung,..‘takpa mak tolong, panggil uncle tu mai tengok, Bahaya!’
 ya Allah..sedih dengar suara mak. Sedih bercampur syukur. Saat sy betul2 perlukan bantuan, Allah hadirkan mak untuk tolong. Tapi sy tak sampai hati nak amik duit mak.. mak suruh jugak sy panggil uncle.

Petangnya uncle mai. Chinese..baik sangat uncle ni. Allah temukan lagi sy dengan org baik walaupun dia lain bangsa dan agama. Dia bagi sy harga murah sangat. Sy gadai emas,..tapi tak cukup. Semua alang rumah kena tukar besi..long story short, total kena RM >5000. Peruntukan sy abis untuk IMKK. Ya ALLAH.. Saat ini aku diuji. sy kesiankan nurin kalau sy tak dapat pegi. Kami dah janji nak g sama sama. Rasa bersalah sangat ya Allah. Bersalah dengan mak, bersalah dengan nurin kalau tak dapat pergi. Sy takmau bebankan nurin L
Doa dan terus berdoa. Bantu sy ya Allah.. saya buntu. Sy taktau nak buat apa.

Tiba tiba Jumaat sebelum IMKK, team richwork call. Tanya sy pasal IMKK. Saya bgtau keadaan sy waktu tu. Saya mmg nak sangat pegi tapi sy dah takda peruntukan  untuk bayar tiket  tu. Team richwork, Muhammad Muzakkir kalau dia terbaca entri ini, terima kasih kerana call bagi sy harapan dan doakan sy. Katanya Allah nak bagi puan rezeki lebih lagi lepas ni InshaAllah. Sy ditawarkan tiket VIP dengan harga RM497. Saya Cuma kena tambah lagi RM297 untuk berada dalam IMKK. Airmata sy jatuh. Sy tunduk sujud dhuha 8rakaat..sujud syukur ya Allah..menangis sy masa ni. Betullah Allah akan bantu bila tiba masanya. Menangis saya masa ni rasa Allah sangat baik dengan sy. Terima kasih ya Allah.. Its ok walaupun VIP seat. Janji saya ada dalam IMKK dan paling penting janji sy dengan nurin untuk pergi sama sy tunaikan. Syukur ya Allah..terima kasih ya Allah..

Dalam hati its ok VIP seat. Ini yang sesuai dengan saya waktu ni. Tapi dalam doa, saya nampak saya kat depan dr azizan osman. Betul betul depan.  Saya ada paling depan antara super supreme.

Sehari sebelum IMKK, nurin beep sy. Ada org nak jual ticket super supreme RM1500 mulanya. Suddently last nak jual dengan harga RM1200.
Nurin: ‘kalau adek kat kisah, saya bayarkan dulu,..nanti bila bila ada adek bayar.

Ya Allah..betulkah apa saya dengar. Allah kabulkan permintaan saya SEHARI sebelum IMKK. Benarlah, Allah tahu KENAPA dan SIAPA yg DIA uji. Dan BILA waktu yang sesuai untuk DIA kabulkan permintaan kita. Dia hadirkan ujian, Dia berikan senyuman.,terima kasih ya Allah. Saya pergi IMKK dengan ticket super supreme. Allah tolong saya, jadi ticket VIP sy bagi free pada org yg betul2 memerlukan. Tapi takda pun kawan kawan sy yg perlukan perubahan hidup. Mungkin Allah belum pilih mereka untuk sampai sana. Allah know what the best to us. Percayalah ual. Andai belum dapat apa yg kita nak, maksudnya ia belum sesuai untuk kita. Apa yg berlaku pada kita hari ini, saat ini,.. sebenarnya ini yg terbaik untuk kita. inshaAllah..
jumpa ex-silterrian ramai jugak kat sini. salah sorangnya Anwar Zainuddin

Dr bagi seminit untuk snap moment. 


Continue part-2,stay tune :)

Tuesday 5 May 2015

PERCUMA!! VITA-LEA IRON FORMULA MULTIVITAMIN BERNILAI RM94!!

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi melawat blog adekmahani.blogspot.com
Saya doakan anda semua kaya berjaya bahagia dunia akhirat InshaAllah, aamiin.
Sat ja kan masa berlalu... Pejam celik pejam celik, kita di helaian ke-5 2015. Dah bulan May pun..sebulan lagi habis Q2 2015. Cepat sungguh masa berjalan.

So far, semua berjalan lancar Alhamdulillah. Sikit sikit yang masih tergendala tu normal lah ey.. biasalah kehidupan. Semua orang ada cerita yang tersendiri,..I mean pernah di uji dengan pelbagai ujian. Mungkin caranya saja berbeza. Tak dinamakan hidup kalau takde masalah. Jadi jangan focus pada masalah. Allah mengikut sangkaan hambanya. Fikir banyak masalah, banyak masalah lah yang akan datang. Fikir hutang, hutang lah yang akan datang. Bersihkan hati, maafkan semua orang, usaha, doa, tawakkal... Do the BEST. Allah do the rest ^_^ InshaAllah

FREE VITA LEA BERNILAI RM94?!!
Haa.. ni nak citer. Bulan ni shaklee buat promosi dasyat giler. Buat julung kalinya shaklee bagi FREE VITA-LEA sempena ulang tahunnya yang ke-100. Untung giler sapa yg register member bulan ni. Dapat free Vita Lea Iron formula BERNILAI RM94 (harga pasaran+GST bagi setiap keahlian baru, dengan syarat buat pembelian sebarang produk lain) walaupun dengan satu Herbal Blend Multipurpose cream!! wahhh... bulan bulan lepas, kami nak kami kena beli hokey. Bulan ni Shaklee bagi FREE!

PROMOSI MAY 2015


Info tentang VITA LEA

VITA LEA adalah multivitamin pertama yang diciptakan di dunia. Nama asalnya SHAKLEE VITALIZED MINERALS (dulu dalam bentuk cecair). Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai VITA-LEA. Sejak itu lah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama. 2015 ini adalah ulangtahun ke-100 VITA LEA yang dihasilkan oleh Dr C Forrest Shaklee. Paling best masa ni beliau baru berumur 21tahun! Perghh.. (ngah rewind,..masa kita 21,.. apa pencapaian terbesar kita buat) alahai...

Kalau bukan disebabkan kebaikan VITA-LEA ni, masakan ia mampu kekal dipasaran selama 100tahun.

Sejarah Shaklee yang disiarkan dalam majalah Isihat edisi Febuari 2013


Sebenarnya lepas saya operation MVR pada April tahun 2013, jujurnya antibodi badan dah tak kuat. VITA-LEA ni adalah antara multivitamin pertama saya ambik masa tu. Saya ingat lagi, masa mula mula jatuh hati dengan produk Shaklee ni, mula mula sekali nutrisi yang saya ambil ialah VITA LEA+VITC+BCOMP+ESP.

Basic wellness set. Alhamdulillah, lepas consume ni.. rasa ada perubahan dari segi tenaga dan imun. Badan dah ‘kena pisau’ ni selalunya dah tak macam sediakala. Alhamdulillah, lepas consume sumer ni takda dah rasa tak larat masa tu. Kalau tidak saya nak bangun pagi lemau. Kat opis back pain ni jangan cakaplah. Trauma bila ingat. Lepas consume, rasa ok, baru saya joint jadi ahli Shaklee.

VITA-LEA ni sesuai untuk semua golongan DEWASA tak kira LELAKI ataupun PEREMPUAN. Setiap tablet mengandungi 30 nutirsi harian lengkap yang di ekstrak dari sayuran dan buah. 12vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan dalam badan orang dewasa ada dalam VITA-LEA. Tablet VITA LEA disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknology explosif yang kompleks (explo-tab). Multivitamin yang TERPANTAS larut dalam air dan tubuh manusia.

Ujian klinikal membuktikan pengambilan VITA-LEA selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Pesakit anemia, kurang selera makan, tekanan darah rendah, deabetis, lelaki atau wanita yang selalu letih dan lesu. Pelajar yang selalu mengantuk, menyokong sistem pembiakan. sangat sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan berpantang. 

Semua kebaikan ni korang boleh dapat FREE bulan ni. Dengan syarat mendaftar ahli dan beli apa apa je nutiri lain (yang ada uv) dan dapat VITA-LEA ni PERCUMA!!

NAK JOINT TAPI MACAM MANA?
Bole pm/ call sy Adeksomey. 
Sahabat shaklee anda 019-5914240 (whatsup/telegram available). 
Atau boleh terus guna ID sy sebagai sponsor dan register sendiri. 
ID #965352 ->Adek Mahani

(Nama saya memang ada 'adek'.. sweet kan^/^)