Pages

Saturday 26 November 2016

Resepi Begedil Daging versi Momy Dahlia

Haii hai hai..  Assalamualaikum semua. Terima kasih bertandang lagi ke blog momy. Tadi kat muka buku, momy janji  nak share resepi begedil daging yang momy buat malam ni. Hhehehh..gedix yang amat bila en.suami puji kata sedap. dia ni jarang nak puji tau unless betoi betoi sedap. Eh, Jemput follow momy kat FB yer.


Momy google jer resepinya pun pastu ejas ejas sendiri ikut rasa hati. Jadi momy dengan rendah hati nak share lah resepi yang tak seberapa ni buat tatapan uals..okay. hehehe

BEGEDIL DAGING

bahan-bahannya:
(untuk 2-3 orang makan)
  • 4biji kentang
  • 100g daging kisar (momy buat sendiri tau.. sila klik yer)- agak agak lah daging ni. nak sedap letak lebih pun takpe.
  • 1biji bawang besar size sederhana
  • daun sup/kucai. (momy guna dua dua)
  • lada hitam
  • lada sulah
  • sedikit garam
  • telur untuk balut begedil untuk  digoreng. Resepi momy tengok tadi ada yang asingkan kuning dengan putih telur. tapi momy kacau je sekali. balut masa nak goreng nanti.

Caranya:
  • kupas ubi kentang, slice sederhana nipis dan goreng sampai empuk. Nak rebus pun boleh. nak stim pun boleh. Ikut citarasa. Momy tadi first try momy goreng ikut resepi pakcik google. hehe...
  • lenyek ubi kentang tu masa panas panas
  • masukkan daging kisar, daun sup dengan kucai yang dah diricik halus. dia punya aroma pergghhh.. tangkap selera dik.
  • masukkan lada hitam dengan lada sulah. agak agak dalam sesudu kecil. momy letak lada hitam lebih.
  • masukkan garam. jangan banyak sangat..takut masin kena darah tinggi pulak nanti. hihii
  • Gaul kesemua bahan. pastu gumpal gumpal buat bulat penyet penyet.
  • balut dengan telur yang dipukul tadi dan goreng dengan api yang sederhana. Takmau api kuat tau takut kang hangit plak. Momy letak garam sikit masa pukul telur tu. jangan banyak sangat okay.
  • pastuuu.. siap untuk dihidangkan. Hehe..
Alhamdulillah, orang tu makan..
Me: sedap tak b,.. first try ni.
Hubby: sedap. amik resepi mana ni?.. Hehehh.. kembang momy semangkuk.


Adek Mahani/ 019-5914240

Dah baca, dah try, sudilah kiranya tinggalkan sedikit comment diruangan bawah. Tq yer ual sudi jengah blog momy yang tak seberapa ni. Assalamualaikum ^-^


No comments:

Post a Comment